Berdasarkan sejarah, air
dipelopori oleh Paderi Bavaria Jerman, Sebastian Kneipp pada awal abad ke-19
yang menghidap penyakit batuk kering. Dia percaya banyak penyakit boleh
disembuhkan oleh air kerana air boleh menyingkirkan toksik dan bahan kumuh
dalam badan.
Ketikasakit, dia membaca
buku mengenai terapi hidro karya seorang pakar perubatan mengatakan bahawa
penyakitnya boleh dirawat jika dia berendam 2-3 kali seminggu di sungai Danube
yang sejuk untuk meransang sistem imun.Terbukti selepas melakukannya, kesihatan
Kneipp bertambah baik dan dari situ dia mula meneroka lebih dalam lagi tentang
terapi air dan memperkenalkan kaedahnya sendiri.
Sebenarnya sejarah rawatan
menggunakan air bermula 4500 tahun sebelum Masihi berdasarkan penemuan runtuhan
tab mandi kuno di Pakistan. Manakala rumah mandi awam dikatakan menjadi antara
unsur penting dalam budaya Rom kuno. Malah pakar perubatan Rom, Galen dan
Celsus menulis majalah menyarankan amalan mandian sejuk dan suam bagi mencegah
penyakit.
Rumah mandi awam mula
popular di seluruh Eropah pada kurun ke-17 dan 18 dan menjadi ikutan di Amerika
pada pertengahan tahun 1700-an. Penggunaan air bagi tujuan perubatan juga
tercatat dalam sejarah Cina, Jepun, India, Yunani dan Timur Tengah. Terapi air
terus berkembang di seluruh pelosok dunia dan digunakan sebagai satu rawatan
alternatif bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
No comments:
Post a Comment