Definisi Terapi Hidro

Apa itu terapi hidro??
  • Hidroterapi bermaksud terapi air atau rawatan air. Rawatan ini bukan sahaja melakukan aktiviti renang malah aktiviti berendam di dalam air juga dilakukan.
  • Terapi hidro menggunakan air sebagai medium semulajadi untuk meringankan atau mengubah keadaan sedia ada kepada yang lebih baik.
  • Terapi ini sangatlah sesuai untuk perkembangkan fizikal pergerakan motor kasar dan halus serta mental.
  • Otot dan otak dirangsang kerana pergerakan dalam air lebih mudah dan meredakan ketegangan dan rasa sakit.


Objektif terapi hidro :
  • Terapi hidro perlu dilakukan ke atas murid masalah pembelajaran adalah untuk :
  • membentuk sikap kerjasama
  • memberi keseronokan ketika berada di dalam air
  • memulihkan keadaan fizikal, emosi dan spiritual.


Elemen penting dalam terapi hidro :

Keselamatan di air
  • Apungan
  • Berenang
  • Pernafasan


Faedah terapi hidro :
  • Air panas meregangkan dan dapat stimulasi sistem pertahankan badan
  • Air sejuk dapat mengurangkan radang
  • Merawat masalah pernafasan
  • Memberikan keyakinan dan motivasi
  • Merangsang pergerakan 
  • Mengurangkan ketegangan otot 
  • Meningkatkan kecergasan kardiovaskular

Langkah keselamatan :
  • Aktiviti regangan sebelum masuk ke air
  • Pastikan paras air sesuai untuk murid
  • Alatan yang sesuai digunakan
  • Pakaian yang sesuai
  • Kawalan guru yang lebih


Aktiviti yang boleh dilakukan :
  • Regangan dan pemanasan badan
  • Penyesuaian diri dengan air
  • Membina keyakinan diri
  • Menguatkan motor kasar
  • Kawalan pernafasan
  • Kayuhan kaki dan imbangan
  • Berjalan di dalam air dan apungan
  • Berjalan sambil menguak tangan






Sumber daripada : http://belognurna.blogspot.com/2011/05/terapi-hidro.html

No comments:

Post a Comment